Pengikut

Rabu, 5 Mei 2010

PPP LEBIH BAIK PI-DUA-DUA TAK BOLEH PAKAI





Senator Datuk T. Murugiah telah mengkritik Presiden PPP kerana mencadangkan bahawa parti itu bakal mencalonkan seorang pemimpin kanan parti untuk jawatan Menteri jika berlaku sebarang rombakan Kabinet.



Bekas Ahli Majlis Tertinggi PPP itu berkata Datuk M. Kayveas seharusnya menampilkan pemimpin muda supaya mereka dapat diterima oleh rakyat.


"Pemimpin muda boleh melakukan kerja dengan lebih baik. Pengundi muda kini mengharapkan kepada pemimpin muda yang bertenaga yang mampu memimpin dan mewakili parti itu dengan baik dalam Kerajaan.


"Semua parti komponen BN yang lain sedang memberi laluan kepada golongan muda tetapi PPP nampaknya cuba menafikan hak golongan muda untuk memegang jawatan dalam kerajaan," katanya.


"Ini sama seperti menyangkal keupayaan golongan muda. Ini bermakna PPP lebih baik membubarkan sayap Pemuda dan Puteri," kata Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Pada Ahad lalu, Kayveas membuat cadangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur.


Murugiah dipecat dari PPP sebelum ini dan masih memegang jawatan Timbalan Menteri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan