Najib dijangka mengumumkan mengenai perkhidmatan siaran televisyen dan radio menerusi pancaran satelit Measat bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, pada 12 Mei di Sibu, Sarawak dan pada tarikh tersebut juga, Najib akan melancarkan Komputer Rakyat 1Malaysia di bawah inisiatif Jalur Lebar Negara dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).
"Tidak kurang 1,000 unit komputer akan kita edarkan untuk anak-anak sekolah, pemimpin masyarakat luar bandar, penduduk rumah panjang sekaligus kita dapat tunaikan janji perjuangan berkaitan jalur lebar ini," kata Rais .
Kementeriannya kini telah berunding dengan Astro yang bertanggungjawab mengendalikan satelit tersebut agar dapat memberikan perkhidmatan siaran televisyen yang terbaik bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan