Pengikut

Khamis, 6 Mei 2010

RAMLI MUHAMMAD KINI STABIL






Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam berjaya mengeluarkan peluru daripada pengawal keselamatan Istana DiRaja Kelantan, Ramli Muhammad, 50, yang cedera akibat ditembak pada 1 Mei lepas.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata peluru itu berjaya dikeluarkan ini dalam satu pembedahan tengah hari semalam.



"Beliau kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut," katanya.



Ramli cedera parah setelah ditembak empat das di Kampung Kok Keli, Tumpat. Beliau ditembak dari jarak dekat ketika menaiki motosikal untuk pulang ke rumah.




1 ulasan: