PERAKKUME

Baru sahaja selepas Hulu Selangor,kini di Sibu pula dan terbaharu perhatian bertumpu kepada keadaan kesihatan ADUN kawasan Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang berada dalam keadaan ‘stabil tetapi kritikal’ di Institut Jantung Negara.

Zaharuddin, dipindahkan ke IJN di Kuala Lumpur Ahad selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya.

Sebelum itu Isnin lalu, beliau dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di mana beliau menjalani pembedahan ulser usus.

MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuantan Isnin, berkata taklimat oleh doktor ketika beliau melawatnya di Hoshas pada Sabtu lepas keadaannya “stabil tetapi sangat kritikal” tetapi semalam “stabil tetapi kritikal".

Pada PRU Mac 2008, Zaharuddin pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun.

Beliau mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin 6,789.

DUN Kerdau terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di daerah Temerloh