Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

SULAIMAN MOHAMED LETAK JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN






Datuk Seri Suleiman Mohamed hari ini disahkan melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang disandangnya selama 23 tahun berkuat-kuasa esok.

Jawatan beliau akan dipangku oleh Timbalannya, Datuk Johari Abdul Ghani.





Johari berkata beliau menerima surat rasmi berhubung perkara berkenaan daripada Ibu Pejabat Umno hari ini.



"Ya, memang benar Datuk Suleiman sudah melepaskan jawatannya itu, jadi bermula esok saya akan memangku jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Titiwangsa," katanya.



Difahamkan beliau melepaskan jawatan yang sepatutnya berakhir pada 2012 ialah bagi memberi laluan kepada pemimpin baru untuk menerajui Umno di bahagaian berkenaan.



Sejak minggu lalu, spekulasi bertiup kencang mengatakan Suleiman melepaskan jawatanya itu dan telah menyerahkan surat peletakannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Bagaimanapun Suleiman yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengambil pendirian untuk 'bermain teka-teki' tanpa menafikan atau mengiakan mengenai perkara berkenaan.



Selain itu menurut Johari, beliau mengetahui mengenai hasrat Suleiman untuk melepaskan jawatannya itu sejak tiga minggu lalu.



"Tiga minggu lalu Datuk Suleiman ada beritahu saya yang beliau nak lepaskan jawatan, beliau kata nak bagi laluan kepada generasi baru," katanya.



Jelas beliau lagi, Suleiman juga telah memaklumkan kepada semua ketua-ketua cawangan, ketua pemuda, wanita dan puteri berhubung peletakan jawatannya.



Johari yang aktif dalam bidang politik sejak 22 tahun berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat Umno Bahagian Titiwangsa dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai pelan tindakan Umno bahagiannya.


1 ulasan:

  1. Elok bebonar si rambut putih nie letak jawatan,dah lama bonar peggang jawatan tur.

    Dari rambut hitam jadi putih,skg dah hitam balik.,

    Itu menunjukan sudah berada di peringkat penghujung ,

    Ini lah masa untuk mengimarahkan Surau Masjid,sementara Allah S.w.t bagi peluang mampu bergerak ke sana.

    Jgn pulak bila ka Surau ke Masjid masih berpolitik.,menganggu gugat Imam Ajk.,

    Kebawah Duli tak mau Masjid dan Surau di politikan.

    Selamat berehat dan beramal.

    Jgn Maree!!!!

    BalasPadam