Bekas naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bulan lalu mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) telah memutuskan untuk keluar parti itu.
Beliau akan membuat pengumuman rasmi bersama sekumpulan pengikutnya pada satu sidang media di Kota Kinabalu, Khamis ini.
“Ya saya akan keluar. Apabila saya memutuskan untuk keluar parti, saya akan membuat pengumuman rasmi... sidang akhbar Khamis, ramai lagi akan keluar,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan