Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.
Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.
“Saya sudah masuk kerja, saya datang ke pejabat untuk jalankan tugas pada pukul 6.45 pagi tadi.
Sementara itu, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi ini di Istana Mestika, Shah Alam.
Ia dipercayai sebagai mencari jalan penyelesaian perlantikkan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
"Kita akan buat pengumuman bila tiba masanya,” kata beliau ketika menunggu menaiki lif ke pejabatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan