Calon PRK DUN Tenang BN masih menjadi tanda tanya apabila Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberitahu calon pilihan adalah individu yang biasa dengan kawasan itu.
Menurutnya, untuk memastikan kemenangan kepada BN, semestinya parti itu akan meletakkan calon yang mempunyai kriteria berwibawa dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Tenang.
Katanya, berdasarkan pengalaman PRK lalu, calon berkenaan mestilah mempunyai beberapa kelebihan seperti boleh memberi khidmat terbaik, biasa dengan DUN itu, mesra dengan rakyat di situ dan boleh menjadi ADUN kepada semua kaum.
“Calon juga tidak boleh mempunyai masalah peribadi yang besar.
“Najib Tun Razak banyak kali menyebut tentang ‘win able candidate’ yang mana ciri-cirinya antara lain boleh menjadi juara rakyat dan berada di barisan hadapan untuk membela rakyat,” katanya ketika semalam.
Ahmad berkata, dalam proses penentuan calon apa yang lebih penting kepada BN adalah kemenangan.
Katanya, tidak kira siapa, sekiranya individu itu berpotensi memberikan kemenangan maka dialah calon yang akan dipilih untuk bertanding.
Dalam pada itu menurutnya, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar akan terlibat secara langsung dalam proses penentuan calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan