
UMNO sanggup bekerjasama dengan Pas ke arah membentuk Kerajaan Perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, idea Kerajaan Perpaduan adalah perkara yang baik dan justeru itu, UMNO sanggup mengadakan rundingan itu dengan Pas.
“Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.
“Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. UMNO membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama,”
Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan UMNO “tidak lagi wujud dalam kamus” Pas.
Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin UMNO sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata, pendirian UMNO jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan Pas.
“Saya tidak tahu apa pendirian Pas sebenar. Kalau nak jelas kena tanya pemimpin PAS" katanya.
Memang Najib ni tak faham bahasa...nak sangat Selangor sanggup buat apa
saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan