PERAKKUME
Tergamak benar nampaknya pencuri kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. Kereta beliau dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkandi tempat letak kereta di Seksyen 9, ShahAlam.
Malang sungguh Malaysia dan alangkah terancamnya rakyat Malaysia. Sedangkan kereta rasmi Ketua Polis Selangor pun dicuri orang, bagaimana nasib dengan rakyat biasa.
Selamatkah mereka dan kita semua?
Di Malaysia, ada rumah yang dikunci rapi pun masih dimasuki orang, dirompak dan ada yang dirogol dan dibunuh, agaknya bagaimana dengan nasib anak-anak gadis yang keluar berkeliaran di malam hari.
Ada kereta yang disimpan di dalam garaj, dengan berkunci rapat pun masih mampu di curi orang, bagaimana nasib kereta yang di letak di kawasan parkir di perumahan awam PPR.
Bagaimana perasaan pemilik kereta yang diletakkan di kompleks membeli belah, di pasar-pasar, di bahu jalan bahkan di masjid?
Mungkin mereka merasa lebih ‘seriau’ bila membaca berita kereta rasmi milik KP Selangor turut hilang.
Semoga kereta Datuk Khalid Abu Bakar dijumpai dengan selamat. Sudah pasti pencuri kereta itu merasa tidak aman dan bertindak bodoh, dan sudah pasti pencuri kereta tersebut tidak akan tidur lena selepas ini, kerana kereta tersebut milik rasmi Ketua Polis Selangor!
oleh: Mohamad Suhaim bin Abdul Aziz
salam yeob wehhh!
BalasPadammeh tuko2 link ngan teman..
link mike teman dah tulih dahhh
sunsnake@budakbalun
http://budakbalun.blogspot.com