Pengikut

Selasa, 15 Jun 2010

BERITA YANG BARU DITERIMA

PERAKKUME


KENYATAAN PENGARAH STRATEGI ANGKATAN MUDA KEADILAN PERAK SDR EMMIZA HASMI BIN ZUL(PENGARAH STRATEGI AMK PERAK)


Salam,
Saya secara peribadi meminta Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat(PMPN) Sdr Mustaffa Kamil Ayub dan Ketua Penerangan PKR Perak Sdr Zulkifli b Ibrahim harus meletakan jawatan. Desakan ini saya buat adalah berikutan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Perak bersama Ketua Biro Strategi MPN( Sdr Md Nasib b Abdul Rahin) pada 13hb JUN 2010 di Lobi Hotel Hillcity, Ipoh berkaitan Ahli Dewan Undangan( ADUN) daripada UMNO yang akan menyertai PKR, dan ternyata kenyataan itu adalah satu kegagalan yang tidak harus dimaafkan.

Dengan kenyataan yang dibuat, ianya bukan sahaja menjejaskan dan memalukan PKR malah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dimana YB Datuk Seri Mohamaad Nizar b Jamaluddin sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak juga
terpalit sama.

Apa yang berlaku hari ini, walaupun bukan daripada ADUN PKR yang mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas, tetapi ianya boleh memberi kesan yang besar terhadap PKR dan Pakatan Rakyat dengan satu gambaran yang
tidak manis dikalangan ahli-ahli parti.

Dengan ini, Sdr Mustaffa Kamil Ayub ( MPN), Sdr Zulkifli b Ibrahim
( K/Penerangan) harus bertanggungjawab sepenuhnya.



Sdr Emmiza Hasmi bin Zul
Pengarah Stategi
Angkatan Muda Keadilan
Negeri Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan