PERAKKUME
Tampil julung-julung kalinya sebagai perwakilan dalam muktamar parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS hari ini mengutarakan permintaan pertama mereka, antaranya berhubung bantuan untuk sekolah venakular dan perlantikan jentera pentadbiran di peringkat daerah.
Setiausaha Dewan itu K Deepakaran permintaan itu dibuat ekoran SJKC, SJKT serta Sekolah Agama Rakyat(SAR) tidak mendapat perhatian sewajarnya sebelum ini.
"Saya minta PAS tegas supaya SJKC, SJKT termasuk sekolah agama rakyat tidak dilayan dengan adil, dengan perutukan kementerian pelajaran. Seterusnya, semua usul di parlimen yang menyentuh tentang masyarakat bukan Islam, PAS akan bersuara untuk bukan Islam," katanya.
Deepakaran juga mengusulkan, dalam perlantikan penghulu, ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan ahli majilis harus mendapat "sokongan" daripada kesemua dewan dalam parti itu.
"Mudah-mudahan penyokong akan ganding dengan Dewan Himpunanm, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama untuk menjayakan program turun padang bagi mengukuhkan sokongan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan