Najib Tun Razak yang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Laos, diberi sambutan permaidani merah di perkarangan pejabat Perdana Menteri Laos di sini hari ini.
Ketibaan Najib kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan, disambut oleh Perdana Menteri Laos Bouasone Boufhavanh.
Sebaik beliau tiba, lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Laos, dimainkan.
Najib kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 200 anggota tentera dari Angkatan Tentera Laos sebelum diperkenalkan kepada barisan Kabinet negara itu.
Najib dan rakan sejawatannya kemudian mengadakan mesyuarat delegasi kedua-dua negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan