Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa MP BN tidak layak dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.
"Bagi Perdana Menteri, Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan Menteri dalam kabinet baru ini," jelas beliau selepas mempengerusikan Menyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir Ahli Parlimen BN yang sedia ada.
"Eloklah Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi Ahli Parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.
Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.
Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.
Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.
Katanya lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.
"Saya tidak nampak perlantikan ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," ujar beliau.
Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.
Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.
1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)
2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)
4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan
5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)
8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan
9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)
10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)
11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat!
Apa pendapat korang? Yang lain satu pun tak gugur, tambah lagi ada la....dimana Datuk Razali Ibrahim (UMNO)...? dimana Datuk Hamzah Zainuddin(UMNO)...? dimana Datuk Johari Baharom( UMNO)..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan