Pengikut
Selasa, 1 Jun 2010
PALANIVEL HILANGKAN DIRI?
Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel pada Selasa menyangkal laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau "menghilangkan diri secara misteri".
"Untuk pengetahuan anda, pemimpin-pemimpin parti saya dan pengerusi cawangan serta anggota parti tahu saya 'turun padang', bukan hanya menghadiri konvensyen negeri tetapi juga berjumpa dengan pemimpin peringkat akar umbi.
"Saya serius dalam politik. Saya telah menyatakan pendirian mengenai semua isu parti dengan jelas, termasuk kesetiaan saya kepada MIC dan Samy Vellu.
Mengenai masalah menggesa pemimpin MIC meletak jawatan, saya turut membincangkan pendapat saya secara terbuka dengan Presiden.
"Ini adalah masalah parti dan di mana ketelusan diperlukan berhubung beberapa isu saya telah menyatakannya secara terbuka, tetapi di mana ia perlu dirahsiakan, saya juga menghormati keputusan itu," katanya dalam blongnya pada Selasa.
Laporan akhbar hari ini memetik seorang pemimpin veteran, yang enggan dinamakan, meminta Palanivel untuk menyatakan pendiriannya secara terbuka mengenai pelan pesaraan presiden parti, dengan menyatakan bahawa sikap berdiam diri tidak elok untuk parti kerana beliau merupakan orang yang akan menggantikan Samy Vellu.
Palanivel, yang telah dinamakan sebagai pengganti selepas presiden MIC berundur dari politik pada September 2011, berkata beliau tidak akan berkompromi mengenai prosedur parti tetapi akan "membuat kenyataan terbuka mengenai perkara yang berkaitan umum.
" Beliau berkata pemimpin dan anggota parti telah dimaklumkan mengenai pelan dan tindakannya melalui saluran penerangan parti.
"Saya tidak pernah menjadi orang yang pergi kepada umum untuk publisiti dan mencari keuntungan daripada sesuatu krisis dan konflik.
Seseorang tidak perlu sibuk menyatakan pandangan dalam akhbar. "Saya bergerak dari satu bahagian MIC ke bahagian lain di Selangor untuk menerangkan situasi politik semasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan