PEMUDA UMNO SABAH KESAL TINDAKAN NAJIB
Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri , Najib Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga MP Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.
"Ketua Pemuda itu harus dan perlu diberikan pengiktirafan," katanya.
Sehubungan itu, Azman kecewa kerana KJ tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga Presiden Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan