Pengikut

Khamis, 3 Jun 2010

SAYA BINGGUNG ?






Presiden PPP M. Kayveas melahirkan rasa bingung mengapa Datuk T. Murugiah masih dikekalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam senarai Kabinet barunya.

Dakwanya, walaupun semua pihak dalam PPP memahami isu pelantikan adalah hak mutlak Perdana Menteri, tetapi persoalan tersebut timbul kerana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah lama dipecat daripada parti berkenaan.



"Ramai ahli tertanya-tanya mengapa masih dikekalkan kerana Murugiah bukan lagi ahli PPP? Apakah beliau telah menganggotai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain atau ada sebab tertentu.



"Mereka bukan berniat untuk mempersoalkan hak mutlak Perdana Menteri tetapi ingin tahu atas dasar apa Murugiah perlu dikekalkan lagi," katanya ketika ditemui pada majlis angkat sumpah tiga ahli Dewan Negara yang baru di Parlimen di sini hari ini.



Kayveas diminta mengulas mengenai keputusan Perdana Menteri mengekalkan kedudukan Murugiah dalam rombakan Kabinet baru tetapi menggugurkan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan