Sekretariat Bantah Judi (Sendi) akan menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek di Parlimen, esok.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Salbiah Abdul Wahab, Sendi ditubuhkan hasil persidangan meja bulat yang disertai Wanita Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) minggu lalu.
Beliau berkata, penubuhannya bertujuan membela golongan sasar iaitu wanita, anak-anak dan keluarga yang akan menjadi mangsa akibat ketagihan pertaruhan judi oleh suami mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan