Pengikut

Rabu, 9 Jun 2010

TU DIA....NAIK 72%





Selepas 13 bulan menerajui tampuk kerajaan persekutuan Malaysia, Perdana Menteri Najib Abdul Razak bangkit dari jurang populariti 34% (Mac 2009) dan melonjak kepada catatan rekod tertinggi, iaitu 72%, menurut soal selidik yang dijalankan melalui telefon ke atas 1,028 responden oleh
Merdeka Center, pada 6-16 Mei 2010.





Kepuasan responden terhadap prestasi Najib Razak memperlihatkan pola melonjak sejak PM ke-6 ini menyandang jawatan, kecuali mengalami penurunan dalam satu soal selidik yang dijalankan pada 4-14 September 2010, yang jatuh kepada 56%. Dari populariti 44% sebelum mengambil alih pejabat PM (27 Mac - 2April 2009), Najib berjaya mencecah paras 65% dua bulan kemudiannya.


Apa yang menarik, komuniti India yang "memberontak" dalam PRU ke-12, kini muncul sebagai golongan kaum yang paling berpuas hati terhadap prestasi Najib, iaitu 80%, sedikit lebih tinggi daripada responden Melayu. Responden berketurunan Cina, sebagaimana yang dicerminkan dalam PRK, kekal sebagai golongan kaum yang paling skeptikal dan pesimis ketika menilai Najib dan kerajaannya, malah semasa meramalkan ekonomi masa depan.


Hanya 2% responden Cina yang amat berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai PM, sementara 56% yang "agak berpuas hati". Di sebaliknya, 8% amat tidak puas hati, ditambah dengan 20% yang agak tidak puas hati. 57% responden India amat berpuas hati, jauh lebih tinggi daripada responden Melayu yang hanya mencatat 27%. 50% responden Melayu "agak berpuas hati" terhadap prestasi Najib.



Sungguhpun respon Cina memperlihatkan ketidakyakinan terhadap Najib dan kerajaannya, namun kecenderungannya agak selari dengan apa yang dipropagandakan oleh pemimpin MCA, malah media Cina, khususnya media cetak. Responden Cina adalah golongan yang paling bersetuju (74%) dengan kenyatan bahawa Najib akan berdepan dengan masalah implementasi yang lemah.




oleh: Lim Hong Siang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan