Pengikut
Selasa, 15 Jun 2010
BERITA PERAK: DULU GAS, KINI GAZ..LEPAS NI MUNGKIN GAM
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa satu gerakan baru yang dipercayai ditubuhkan Pemuda UMNO bagi menentang Menteri Besar, Zambry Abd Kadir daripada terus memerintah Kerajaan Negeri.
Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim berkata, beliau memperoleh maklumat itu daripada rakan UMNO yang menyatakan berhubung gerakan itu.
Zulkifli mendakwa gerakan yang dinamakan Gerakan Anti Zambry (GAZ) itu ditubuhkan sepertimana Pemuda MIC menubuhkan Gerakan Anti Samy (GAS) yang mendesak supaya Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu melepaskan jawatan.
“GAZ ditubuhkan atas dasar tidak puas hati Pemuda UMNO ke atas kepimpinan yang sedia ada,” kata Ust Zulkifli. Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, masyarakat Orang Asli juga sudah mula hilang kepercayaan terhadap BN kerana sikap pemimpinnya yang mudah lupa janji.
p/s: GAM....? gerakan anti....?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan