Mohd. Shafie Apdal , Naib Presiden UMNO berkata, dakwaan yang dibuat PKR Perak bahawa terdapat 3 ADUN negeri itu akan melompat parti adalah sama dengan apa yang berlaku di Kedah.
"Mereka sengaja bawa cerita supaya ada yang tidak yakin dengan UMNO seperti juga di Kedah. Macam juga 16 September yang diuar-uarkan, sampai sekarang tak berlaku.
"Ini gimik politik pembangkang untuk menyemarakkan perjuangan kerja mereka kerana mereka tidak ada kerja lain. Mereka akan cari apa juga cara dan kaedah untuk politik mereka," katanya.
Walaupun menghadapi dakwaan tidak benar pihak pembangkang, Mohd. Shafie berharap ahli-ahli UMNO akan terus menumpukan masa dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara.
"Dalam politik memang kita tahu kalau nak penuhi permintaan 100 peratus memang tak dapat. Cuma saya harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan propaganda pembangkang ini," katanya.
Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifli Ibrahim mendakwa UMNO Perak kini berada di dalam keadaan yang parah dengan tiga ADUN parti itu akan melompat ke Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan