Pengikut
Rabu, 16 Jun 2010
BERITA PERAK: PR TIDAK PANDAI MEMUJUK-DATUK NADZRI ISMAIL
Pengisytiharan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar daripada DAP dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN/UMNO, disambut baik Kerajaan BN Negeri. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Malaysia, Datuk Nadzri Ismail berkata, perkara berkenaan dilihat sebagai petanda bahawa corak pentadbiran serta segala usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN selama ini diiktiraf rakyat.
Kata Nadzri , kepimpinan Najib Razak khususnya gagasan 1 Malaysia, Dasar Ekonomi Baru serta Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) juga adalah faktor penting yang berjaya menambat hati pihak Pakatan Rakyat (PR).
“Pengisytiharan Keshvinder ini sekali gus menjadikan BN memiliki 32 kerusi berbanding PR 27. “Sekali gus, ianya menjawab tohmahan yang mengatakan bahawa ada ADUN BN yang akan melompat parti.
“Ianya terbukti tidak berasas sama sekali, kerana apa yang terjadi,” katanya lagi . Nadzri berkata pada sidang media di sini ketika mengulas tindakan Kashvinder yang mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas berkuat kuasa serta merta.
Nadzri berkata, tidak mustahil wujud masalah dalaman dalam kepimpinan DAP, khususnya di negeri ini. Katanya, DAP Perak dilihat seakan bermasalah dan telah wujud dua pihak yang menyokong Pengerusi Negeri serta Setiausahanya, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
“Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak dapat memujuk serta memikat rakyat apatah lagi barisan kepimpinan khususnya bagi pihak PKR yang tidak disukai oleh barisan Ahli Jawatan Kuasa(AJK) nya yang lain apabila semakin ramai pemimpin PKR yang cuba menonjolkan diri dikhalayak ramai bagi membahaskan isu lompat parti ini.
“Bagaimanapun, dia yakin Kashvinder adalah pemimpin yang bersifat terbuka termasuk kaedah berpolitik yang diamalkan adalah antara kriteria yang memudahkan beliau untuk meninggalkan DAP dan menyokong BN sebagai ADUN bebas. “Oleh itu, mereka ini (ADUN Bebas) perlu diiktiraf oleh orang ramai dan menganggap mereka juga adalah sebahagian daripada BN,” .
Sementara itu Nadzri tidak menolak kemungkinan bahawa pihak PR pasti akan menuduh BN menyogok Kashvinder bagi meninggalkan DAP. Katanya, perkara berkenaan adalah tidak rasional sama sekali kerana mereka ini semua menyokong BN dengan hati yang ikhlas.
“Saya rasa akan wujud masalah persepsi sedemikian wujudnya masalah persepsi yang menuduh BN menyogok Kashvinder, namun pada hakikatnya Kashivener sendiri menyertai BN dengan hati yang ikhlas,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan