Pengikut

Rabu, 16 Jun 2010

NAJIB JUMPA TG NIK AZIZ MALAM INI






HARI ini Najib Razak mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kelantan. Acara kemuncaknya malam ini ialah menghadapi Fiesta Kelantan di perkarangan stadum Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu.

Menurut berita awal Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akan hadir sama dan duduk sepentas dengan Najib. Kalau ini berlaku bermakna perisitwa pertama kedua pemimpin itu duduk sekali selepas meletus isu royalti minyak.

Kerajaan dan rakyat Kelantan marah keada Najib kerana menafikan royalti minyak untuk Kelantan.
Apakah perjumpaan tidak rasmi malam ini akan memberi ruang kepada mereka berdua bertanya khabar antara satu sama lain.


(gambor hiasan)

Apakah Nik Aziz akan berseloroh dengan Najib untuk meminta royalti diberikan kepada Kelantan. Sementara itu ada laporan mengatakan kumpulan tertentu akan menaikkan kain banting menyindir Najib berhubung perkara itu.

Saya rasa kain banting itu tidak akan membawa apa-apa erti. Yang paling baik ialah mencari jalan mengadakan perundingan bagi tujuan itu.
Baik Najib atau Nik Aziz keduanya sangat menyintai kepada kedamaian.

Atas kapasiti mereka sebagai pemimpin kedua-duanya menghabiskan masa untuk membawa kebaikan dan kesejahtraan kepada rakyat. Tidak bolehkah kalau perjumpaan ringkas ituakan merintis kepada perjumpaan lebih
official. Ketegangan antara Pas dengan Umno Kelantan akan mengendur sedikit kalau Najib sedia mempertimbangkan untuk memberi royaliti minyak.

Kesediaan itu juga memungkin ura-ura untuk membawa isu minyak ke mahkamah boleh difikir semula. Mudah-mudahan perjumpaan ringkas malam ini membawa hasil dan tuah yang baik kepada kedua-dua pihak.

by: msomelayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan