Pengikut

Selasa, 1 Jun 2010

PEMILIHAN CABANG AKAN BERMULA






17 September 2010 dijangka bermulalah Mesyuarat Agung serta Pemilihan di peringkat semua Cabang-Cabang PKR termasuklah di Perak...Cabang Gerik, Lenggong,Parit Buntar,Bagan Serai, Bukit Gantang,Taiping, Padang Rengas dijangka akan berMATC pada 19 September...


Pemilihan akan berlaku di semua peringkat...maknanya...ada pertandingan termasuklah melawan Ketua Cabang...
Bagi MP atau ADUN yang menang dalam PRU 12 sudah pasti akan mendapat laluan yang selesa dan dijangka akan dapat percalonan yang banyak sebagai usaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Cabang.


Di Perak cuma YB Dr Lee( Gopeng) , YB Yunus( Parit Buntar) serta YB Tai Sing Ng( Batu Gajah) yang berstatus Ketua Cabang...manakala selebihnya hanya bergantung kepada populariti dan sudah pasti ada juga Ketua Cabang yang dilihat akan mempertahankan jawatan yang disandang walaupun "tidak berapa" perform.



Bukan tak boleh mempertahankan jawatan...tapi dalam keadaan PKR akan menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak...dan dijangka ada "niat" untuk jadi calon...perlu ada pemimpin yang benar-benar boleh bekerja dan bukan hanya mementingkan istilah "Yang Berhormat" semata-mata. Ukurlah baju pada badan sendiri.



Dalam sembang-sembang di Kongres Nasional baru-baru ini, dijangka beberapa Ketua AMK di Perak akan bertanding untuk jawatan Ketua Cabang...mungkin mereka ini mahukan perubahan di peringkat Cabang yang selama ini hanya "ditidurkan" oleh Ketua Cabang mereka sendiri
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan