Suasana depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kecoh seketika bila seorang lelaki Arab dipercayai warga Palestin kelar badannya dengan pisau kerana protes serangan tentera Israel keatas kapal konvoi misi kemanusiaan Gaza.
Kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi sejurus Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali selesai mengetuai kira-kira 300 orang wakil pelbagai NGO mengadakan demo depan kedutaan.
Mereka adakan demo itu mulai jam 11 pagi.
Ibrahim juga telah menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan itu.
Orang ramai telah bertindak segera untuk mengelak dari dia mencederakan lagi dirinya.Badan dan tangannya berlumuran darah.
Polis terus mengejarkannya ke hospital untuk rawatan. Sementara itu di pejabat perwakilan Bangsa-bangsa Bersatu di Kuala Lumpur,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengetuai rombongan 200 orang ahli pergerakan itu menyampaikan nota bantahan.
Pada jam 12 tengahari pula seramai 80 orang dari pakatan rakyat diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sampai untum menyampaikan nota bantahan.Turut serta Tian Chua,Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Turut serta Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.Nota berkenaan disampaikan kepada ketua perwakilan itu Kamal Malhotra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan