Pengikut

Khamis, 29 April 2010

KHAIRY....BAIK LU BLAH !







abis la lu khairy...hari isnin, ezam akan bergelar yb senator...silap-silap najib lantik dia sebagai timbalan menteri...lu...ahli parlimen / ketua pemuda umno...tak dilayan untuk diangkat jadi menteri/tim. menteri. ternyata najib rosmah dah mula naik meluat/ muak dengan lu....dah terang-terang tanpa nak suluh lagi...kau buat le apa saja...najib tak tengok dah...

lu ingat macam mana geng diorang rampas tahta PM daripada bapak mentua lu...lu tak ingat...khairy...baik le kau blah...




yb khairy jamaluddin
ditolak najib


yb mohd ezam mohd nor
anak emas najib

KIPAS SATE





Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Umno agar tidak terjebak dalam budaya 'mengipas' pucuk pimpinan untuk menjaga kepentingan diri sendiri.




Beliau berkata ini kerana pemimpin atasan tahu siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang mengampu.

"Cukuplah politik 'kipas sate', kita sekarang dalam proses transformasi.



p/s: dalam umno semuanye jenis kipas..cium tangan..angguk..


TOLONG JANGAN ROBOH SURAU KAMI





Penduduk Fasa 3, Taman Chandan Putri, di sini, melahirkan rasa gelisah apabila surau sementara yang dibina untuk kemudahan mereka menunaikan solat dan menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan tidak mendapat persetujuan pihak berkuasa.



Lebih meresahkan penduduk apabila menerima notis daripada pihak berkuasa yang mahu mereka merobohkan surau itu dalam tempoh sebulan bermula 15 April lalu.



Wakil Penduduk, Hasnul Zulkarnain, berkata, sudah lima tahun mereka diami taman berkenaan tetapi tiada kemudahan surau disediakan.
Menurutnya, menggunakan inisiatif sendiri, penduduk bersepakat mendirikan surau sementara di satu kawasan lapang di taman berkenaan.


“Kini sudah tiga bulan kami bersolat di surau ini, walaupun pada asalnya memang pembinaan surau sementara ini tiada kelulusan tetapi selepas mendapat laporan daripada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) saya buat permohonan.


“Tetapi malangnya ia tidak dibenarkan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, baru-baru ini.


Katanya, kira-kira 300 jemaah menggunakan kemudahan sementara itu dan mereka berhasrat untuk mempertahankannya.


“Sebelum ini, selain solat berjemaah, kami juga menganjurkan sambutan Maulidur Rasul dan solat hajat setiap minggu di surau ini. “Dalam satu-satu masa kira-kira 30 hingga 40 jemaah bersolat di surau ini dan jika hujung minggu ia menjangkau 70 hingga 80 jemaah,” katanya.


Kami ada sebab tersendiri



Hasnul, berkata, pihaknya tidak menggunakan tapak asal untuk membina surau sementara kerana mempunyai alasan tersendiri.


“Apabila kita kaji, tapak asal tidak sesuai untuk bina surau sementara kerana apabila pembinaan surau kekal dijalankan, kami terpaksa merobohkannya dan macam mana kami nak bersolat selepas ini?” katanya.


Sementara itu, seorang lagi penduduk, Hazimi Abd Manan berkata, memang surau berkenaan didirikan di kawasan lapang tempat rekreasi tetapi ia hanya menggunakan penjuru tanah sahaja.



“Kami hanya menggunakan sebahagian kecil sahaja tanah lapang ini dan penduduk boleh lagi menggunakan kawasan itu untuk tujuan riadah.



“Dengan adanya surau ini, kita juga dapat menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk semua malah juga bercadang untuk menganjurkan majlis khatam beramai-ramai di sini,” katanya.


Imam surau berkenaan, Mohd Hamdan Abdullah berkata, sebelum surau berkenaan didirikan, penduduk terpaksa ke Masjid Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) untuk bersolat dan menimbulkan sedikit kesulitan kepada mereka.


Menurutnya, walaupun masjid berkenaan hanya 500 meter dari taman mereka namun ia menyukarkan penduduk untuk ke sana terutamanya kanak-kanak.



“Di surau sementara ini, kanak-kanak dapat bersama kami termasuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.
“Jadi kami berharap sangat dan memohon pihak berwajib meluluskan penggunaan surau ini, sementara menunggu surau kekal siap dibina,” katanya.


Alasan mereka tidak munasabah: YDP MPKK


Sementara itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Yang Dipertua MPKK, Datuk Mohd Shafie Ariffin, berhubung masalah berkenaan.



Shafie berkata, alasan di:berikan penduduk yang mendakwa tiada kemudahan surau adalah tidak munasabah kerana jarak masjid Kisdar dengan taman berkenaan terlalu dekat.


Menurutnya, sebarang pembinaan surau haruslah mendapat kebenaran bertulis daripada MPKK dan Majlis Agama Islam terlebih dahulu. “MPKK sudah menghantar notis untuk membuka semula surau berkenaan dan dari segi pembinaan, tiada sebarang kelulusan diberikan kerana berdasarkan perundangan kerajaan tempatan tanah lapang tidak boleh digunakan untuk apa sahaja pembinaan tetapi hanya untuk tujuan rekreasi.


“Sebenarnya pemaju juga telah sediakan tapak surau cuma ia masih dalam perancangan,” katanya.
Beliau berkata, selain Masjid Kisdar, taman dan kampung berdekatan juga menyediakan kemudahan surau serta tempat ibadat.


“Memandangkan masjid dan surau dari kawasan berhampiran pun ada, tiada alasan untuk penduduk menidakkannya malah saya berharap penduduk dapat bersabar dan boleh menggunakan Masjid Kisdar yang hanya berjarak 500 meter sahaja untuk beribadat.



“Sekarang pun semua orang ada kemudahan kenderaan dan bila-bila masa sahaja boleh pergi ke masjid,” katanya.


PIKIR SENDIRI

















CARI LE SAMPAI DAPAT






Unit Forensik PDRM mengumpul bukti sekitar lokasi kejadian remaja ditembak mati polis di Bulatan Kayangan, Seksyen 11 Shah Alam.




cari le sampai dapat...



SAMBUNG CERITA ZAMBRY SEMALAM..






dengor ceritanya...kedua-dua mereka ni tolak jawatan EXCO
dan tidak akan masuk umno..
kekal sebagai adun bebas..
ni yang buat zambry serta kuncu-kuncunya mula panas hati..
tawaran "dato" pun diorang tolak..

selagi deme berdua ni "bebas"..
semakin "bebas"lah deme untuk buat apa saja..
dan semakin "bebas" untuk mintak apa saja...

bukan senang nak bela deme berdua ni..

jawapan mudah mereka kepada puak-puak ni..

kamu jadi mb sebab aku..
bn dapat perak sebab aku..
jadi..apa aku nak...???



adun bebas behrang dan changkat jering..



ZAMBRY MULA RASA GELISAH





kah ! kah ! kah
dalam hati sapa yang tau..




sapa lebih hebat...?
umno ke bebas...?
sapa mb...?
umno ke bebas...?
kepala sakitkan...?

ubat ada kat SPRM...




Rabu, 28 April 2010

BENARKAH AKAN ADIL ?





SUARAM mengutuk keras dan kecewa terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menembak mati individu-individu tidak kira warga Malaysia ataupun warga asing dengan lebih kerap.


Pada 16 April 2010, SUARAM telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkaitan penembakan mati oleh PDRM terhadap dua orang warga Malaysia bernama R. Logeswaran (38) dan Satchithananthan (25) serta tiga orang warga Indonesia yang bernama Abdul Sanu, Musdi dan Muhlis. Kini terdapat satu lagi kes tembak mati oleh pihak Polis.


Kali ini mangsanya adalah remaja yang bernama Aminulrasyid yang berumur 15 tahun. Mangsa ditembak mati oleh pihak Polis disyaki terlibat dalam satu kes jenayah yang dikatakan berlaku pada 26 April 2010 di Seksyen 11, Shah Alam.

SUARAM memandang serius terhadap semua kes tembak mati yang dilakukan oleh Polis selama ini. Kami ingin menekankan bahawa menembak mati seseorang dengan sewenang-wenangnya tanpa memberikan peluang untuk membela diri dan tanpa alasan yang kukuh adalah merupakan satu pencabulan hak asasi yang serius.





Kami inginkan maklum balas segera dari pihak Polis apakah perlunya pihak polis menggunakan senjata terhadap seorang remaja yang berusia 15 tahun?



Apakah profil jenayah yang boleh dimiliki oleh seorang remaja yang hanya berumur 15 tahun?




SUARAM sebuah organisasi Hak Asasi Manusia berpendapat penggunaan senjata dan tidak memberikan hak untuk Aminulrasyid membela diri adalah salah dari segi undang-undang Hak Asasi dan ianya melanggari kebanyakan artikel dalam Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Kanak-Kanak (CRC) terutamanya Artikel 16 (1)&(11) dan Artikel 37 yang memberi perlindiungan terhadap kanak-kanak bawah undang-undang dan terlindung dari sebarang hukuman yang tidak berperikemanusiaan ataupun penangkapan tanpa bicara.



SUARAM memahami tanggjungjawab pihak Polis untuk mencegah kegiatan jenayah di Malaysia, namun ianya tidak sesekali boleh memberikan ruang untuk pihak Polis untuk menangkap sebarang individu dan yang penting menggunakan senjata dengan sewenang-wenangnya ke atas sesiapa pun dalam sebarang operasi untuk menahan penjenayah.



Malah SUARAM sebagai sebuah badan Hak Asasi juga agak risau dengan peningkatan angka penggunaan senjata oleh pihak Polis sejak kebelakangan ini. Ini dapat dilihat apabila Kementerian Dalam Negeri menyiarkan dalam satu kenyataan Akhbar di parlimen pada 18 Mac 2010, yang menyatakan bahawa jumlah kes tembak mati oleh polis adalah seramai 183 orang dari tahun 2007 hingga 2009.



SUARAM berpandangan kejadian kes-kes polis menembak mati suspek berlaku secara luas adalah disebabkan oleh kerana tiadanya mekanisme yang telus dan jelas tentang penggunaan senjata api oleh Polis. Malah apa yang lebih mengecewakan adalah dokumen panduan dalam menggunakan senjata api di Malaysia tidak dapat dirujuk oleh orang awam.



Ini dengan jelas membuktikan bahawa penggunaan senjata api oleh polis tidak diimbangi oleh pemeriksaan awam dan sekaligus menyebabkan tahap akauntabiliti yang amat rendah di dalam institusi polis. Memandangkan Kerajaan Malaysia berminat untuk bertanding untuk menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi 2010-2013, adalah wajib bagi kerajaan untuk mengambil langkah untuk memastikan masalah-masalah mengenai hak asasi manusia ditangani berdasarkan prinsip-prinsip dan undang-undang antarabangsa.





Penembakan mati terhadap seseorang tanpa sebarang perbicaraan atau secara sewenang-wenangnya adalah dianggap sebagai kes pembunuhan yang serius. SUARAM menggesa kerajaan untuk membawa empat orang pengawai polis yang terlibat dalam kejadian ini ke muka pengadilan dan dibicarakan di makahmah untuk menegakkan keadilan terhadap mangsa dan keluarga mangsa.



SUARAM menuntut agar pihak Kerajaan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia terutamanya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.



Sekiranya langkah-langkah ini tidak diambil dengan segera, maka semua rakyat Malaysia akan menjadi mangsa penyalahgunaan pihak Polis dan ini sekaligus akan menunjukkan imej yang buruk terhadap Kerajaan Malaysia yang gagal memantau institusi kerajaan yang amat penting dalam sistem Pentadbiran negara.




*Kenyataan media oleh Yap Heng Lung selaku penyelaras SUARAM.

PC DATUK ZAID IBRAHIM






SIDANG media , Datuk Zaid Ibrahim yang akan memfailkan petisyen di mahkamah bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil hulu selangor yang memihak kepada BN sebagai tidak sah.



Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.




datuk zaid ibrahim



STRATEGIK BIJAK UMNO





Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan strategi Umno menukar calon baru walaupun dari MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu "strategi yang bijak".

"Calon baru, walaupun dari MIC, memberi gambaran protes 'didengari dan diambil kira'. Bukan semuanya, tetapi sebahagian kecil darinya.

"Kerusi tidak diserah kepada Umno tetapi tidak juga kembali kepada pemimpin MIC yang sama. Orang baru yang lebih muda dan kononnya lebih mampu membawa perubahan.

"Dalam masa yang sama, 'hak' MIC sebagai rakan BN dipertahankan. Undi Melayu dipujuk dengan pertukaran calon, undi masyarakat India dan Cina pula dengan mempertahankan hak parti rakan parti komponen BN," coret Khalid dalam blognya.

Sehubungan itu, kata Khalid, melalui kemenangan ini juga, rayuan dan desakan Umno untuk kerusi parlimen itu diserahkan kepada Umno boleh dianggap "menemui ajalnya".

Khalid mengulas kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRK parlimen Hulu Selangor Ahad lalu di mana calon BN P Kamalanathan menang dengan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan Pemuda MIC mendapat 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Khalid yang juga anggota biro politik PAS berkata strategi Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Zaid sebagai calon "tiada salahnya".
"Pencalonan beliau menyebabkan majoriti BN hanya 1,725 dan bukan 6,000 seperti yang sepatutnya.

"Tanpa undi rosak dan undi protes, kecuali sedikit, Datuk Zaid dapat menarik sebahagian dari pengundi yang mengundi BN dulu untuk mengundi PR kali ini. Di beberapa saluran memang tercatit penambahan, bukan pengurangan," katanya.

Khalid juga menegaskan hasil dari keputusan pilihan raya Ahad lalu sepatutnya menyedarkan Pakatan daripada 'dibuai mimpi' bahawa masih banyak lagi penerangan yang perlu dilakukan.

"Masih ramai lagi, lebih-lebih lagi yang di kawasan pendalaman, yang tidak memahami hasrat perjuangan Pakatan dan kekejaman BN.
"Jentera penerangan negeri mestilah dipertingkatkan dan jentera parti mesti turun padang lebih kerap lagi. Kekurangan ini perlu diatasi sebelum tibanya pilihan raya umum ke-13," katanya.

Menurutnya, kekalahan yang diterima oleh Pakatan ada hikmahnya iaitu Pakatan tidak merasa leka dan tidak berpeluk tubuh serta berpuas hati dengan apa yang ada.

"Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan dan banyak lagi kelemahan dalaman dan organisasi yang perlu di atasi bersama," katanya.


SEDIH DAN SIMPATI






Kabinet melahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak dalam satu kejadian melibatkan anggota polis di Shah Alam pada Isnin lepas dan mahu siasatan dibuat secara telus.



Anggota Polis Forensik membuat pemeriksaan terhadap jalan yang digunakan oleh seorang remaja yang ditembak mati oleh anggota polis.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau telah membangkitkan kes itu dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.



"Kita juga minta kes itu tidak dipolitikkan kerana jika ia menjadi isu politik, maka sukar kes itu hendak diselesaikan," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian cek bernilai RM3 juta kepada SJK (C) Rasa di sini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.



PANAS !! AKHIRNYA EZAM MELOMPAT






Ezam Mohd Nor adalah antara 4 orang yang akan dilantik sebagai Senator.






Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Pagoh, Noriah Mahat.



ADA BERUDU SEDANG MEMBIAK :<<>>:





Awas semua!!
Ada duit yang akan bertukar tangan lagi!
Ada 'china doll' yang akan bertukar bilik!
Ada 'no akaun' yang akan dismskan..

Awas!! Awas!! Awas!!

Ada berudu yang sedang berkembang biak..
Ada Ibu katak yang sedang menyusukan anaknya..
Ada berudu yang sedang bermetamorfosis!

DS Anwar? Jangan tengok sahaja..
Jangan dengar sahaja..
Jangan ceramah sahaja..
Prevention better than cure....

Main bola pun kalau side defender asyik kena bertahan,
striker duduk saja.. lama-lama bolos jugakkkkk!!
persoalannya, bila nak menyerang balik???



sunsnake/budakbalun



BERITA HANGAT: NAJIB NAK LARI !!!






Kes seleweng pembelian KAPAL SELAM SCORPENE oleh Rejim Kerajaan BN telah difailkan di Mahkamah Perancis, menurut kata Peguam Joseph Breham...

Najib mana mau lari...

di Perancis...tak ada Musa Hassan..
di Perancis ...tak ada Ghani Patail..
di Perancis...tak ada Kamalnathan..
hanya ada Altantuya...




MCA HANYA PAK LAWAK-PRESIDEN PERKASA






Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA sepatutnya ‘berterima kasih’ kepada pertubuhan ini kerana dijadikan sebab undi Cina tidak memihak BN di Hulu Selangor.



Menyifatkannya sebagai lawak besar tahun ini, ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu mahu pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Dr Chua Soi Lek mencermin diri kerana kegagalan menaeik pengundi Cina bukannya menyalahkan Perkasa.



Dalam nada sindiran, Ibrahim menerusi sms berkata, Perkasa tidak menyalahkan presiden MCA itu yang terbabit video moral serta kegagalan menarik pengundi-pengundi Cina serta sokongan bawahan terhadap parti itu.





Ibrahim mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mendakwa Presiden Perkasa itu mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.



Gan berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali.



"Kenyataan itu juga berunsur hasutan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.



Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi "perkauman menebal".



Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media, turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.



Gan berkata, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum k-13 akan datang.



Ibrahim berkata, MCA juga boleh menyalahkan Perkasa kerana pengundi Cina juga tidak menyokong BN pada pilihan raya umum lalu walaupun pertubuhan itu belum ujud.



SEPERTI SUASANA DARURAT-SHAHRIL AZLAN





Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad Kamil melahirkan rasa terkejut yang amat sangat ekoran kejadian yang pernah menimpa ke atas dirinya setahun lalu berulang lagi kepada pelajar, Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lalu juga di Shah Alam.



Beliau yang mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pelajar itu turut menyifatkan kejadian itu sebagai satu tindakan yang sangat tidak profesional kerana tanpa sebarang komunikasi sebelum menembak sehinggakan terasa seperti suasana di negara ini berada di dalam keadaan darurat.

(Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu jauh)



"Mereka langsung tidak bertanya apa-apa terus sahaja menembak tanpa usul periksa," tegasnya ketika ditemui oleh wartawan dari sebuah akhbar mingguan politik, Siasah hari ini.


Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertenggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.


Untuk rekod, kejadian itu menyebabkan paru-paru anak sulung dari sembilan beradik berasal dari Sabak Bernam dan kini tinggal bersama keluarga di Kapar ini bocor; sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh.


Laporan penuh cerita beliau dalam akhbar
Siasah Jumaat ini.

AMARAN: AHLI POLITIK JANGAN CAMPUR !!






Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lalu di Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata, campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan polis. (um)






tayar sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!

kasih sayang ajal maut kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa')

jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!
(bagindareformasi)

MENGAPA TIDAK KAMALA SAJA YANG DILANTIK SEBAGAI TIM MENTERI?







Timbalan Presiden MIC, Palanivel dijangka dilantik sebagai Senator minggu depan sebagai menghargai pengorbanannya tidak dicalonkan pada PRK Hulu Selangor.

Menurut sumber, Pengerusi BN Hulu Selangor itu juga akan diberikan jawatan sebagai Timbalan Menteri.



Palanivel pada asalnya adalah calon MIC untuk bertanding di kerusi Hulu Selangor. Namun akibat tentangan penyokong akar umbi BN, khususnya akar umbi Umno, kerusi berkenaan diberikan kepada calon kompromi, Kamalanathan, yang menang pada PRK lalu.




Kamalanathan hanya menang tipis terhadap Zaid Ibrahim. Jika Palanivel jadi calon, adalah pasti Zaid Ibrahim yang dinobatkan menjadi pemenang.

Zaman Palanivel sudah berlalu, berilah peluang pada Kamalanathan.




TERKINI KEDAH : TEMAN INGATKAN LAGI SEKALI...






LAGI SEKALI TEMAN INGAT MB KEDAH...TOLONG BUBARKAN DUN DENGAN SEGERA !!!

MEREKA DAH BERSIAP SEDIA...TUNGGU MASA SAJA !

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA...NANTI LAMA-LAMA...DIA DIKEBAS ORANG...!!!

ADA ADUN PR YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI...MEREKA DAH BULAT MATA TENGOK DUIT...RM 20JUTA !! CASH !!!


SPRM NAK BERLAKON IKUT SKRIP BN






SPRM akan merayu keputusan Mahkamah Seksyen Ipoh yang telah membebaskan 2 bekas EXCO Kerajaan Pakatan Perak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, bahagian perundangan dan pendakwaan akan menfail notis itu tidak lama lagi.



"Prosesnya belum selesai lagi sehingga mahkamah membuat keputusan di peringkat tertinggi barulah perkara itu diputuskan," katanya.




Dua bekas anggota Exco terbabit ialah ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.


Kedua-dua mereka telah meninggalkan PKR dan menjadi wakil "bebas" yang menyokong UMNO.


Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.



Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.



Hakim Azhaniz Teh Azman Teh dalam keputusannya berkata, keputusan dibuat kerana pihak pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie.



Sementara itu, Abu Kassim berkata, SPRM telah menerima beberapa laporan mengenai dakwaan rasuah di PRK Parlimen Hulu Selangor dan akan menyiasat.



Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang butiran laporan yang diterima itu.


TPM BAHLOL-TAK GENTLEMAN





Muhyiddin Yassin kata parti-parti pembangkang harus "gentleman" dengan menerima keputusan PRK Hulu Selangor dan tidak membuat andaian-andaian yang tidak betul terhadap Barisan BN.

BN telah memenangi PRK itu dan pembangkang perlu menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi di kawasan itu. kha ! Pak Din...Pak Din..cakap macam orang tak ada otak...



8 March 2008...Perak jatuh ke tangan PR..mengapa BN tak boleh terima kekalahan tersebut...? mengapa "diadakan" kes rasuah terhadap 2 EXCO yang tak cerdik tu, semata-mata nak rampas Negeri Perak...?



Sekarang BN cuba nak rampas Kedah...kenapa ? Tak boleh ke terima kekalahan...? cakap macam orang tak ada otak...TPM Bahlol !!!



Sejak tahun 1990...PAS menawan Kelantan..mengapa BN masih lagi cuba memburuk-burukkan Kerajaan Kelantan...? BN masih tak boleh terima kekalahan ke...? cakap macam orang tak ada otak...TPM Bahlol !!!


Beli MP PKR...keje sapa...? bukan keje BN...? suruh orang lain terima kekalahan ? ada akai ke..?

BUBARKAN DUN KEDAH DENGAN SEGERA!!





Bubarkan DUN Kedah dengan segera...
ada yang dah "berdating" di KL...
ada yang dah letak harga...
Bubarkan DUN sebelum ianyanya di rampas..!!!



Selasa, 27 April 2010

MAKIN NAIK GAJI, MAKIN MENJADI ^^)(^^








Kenapa polis tembak kanak-kanak ini? Tak ada alternatif lain ke yang boleh dibuat..macam tangkap atau ambil no.kereta ke..lagipun mangsa adalah remaja sahaja..bukannya orang dewasa...ada beberapa keraguan dalam kes ini :




1. Mangsa tidak guna senjata lawan polis..kenapa mangsa dibunuh sedangkan ikut laporan polis oleh saksi utama, di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis.



2. Saksi utama dipukul oleh 4 pegawai polis yang bunuh mangsa..pastu dilepaskan saksi itu kononnya mangsa penjenayah besar dan polis tiada pilihan selain menembak mangsa.



3. Kenapa polis menembak mangsa di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.



4.polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam dan mangsa langsung tidak bersenjata.




5. Mangsa dibunuh atas kesalahan samun ke? Adakah mangsa sebelum itu menyamun??????Tak ada kan..janganlah main syak je..mangsa lari kerana tiada lesen memandu..ini diakui oleh saksi utama dan juga keterengan keluarganya..polis tak boleh tipu.





tunhisyamuddin.blogspot.com

TAK JADI DI HULU SELANGOR..DIA AKAN TERBANG KE SIBU






Katanya ari tu...nak bertanding di Hulu Selangor..
beria-ia sangat dah ari tu...
marahkan umno/bn bagi MIC..
mungkin kali dia akan terbang ke sibu..
pasal umno nak jugak bertanding di sibu...
gamaknye le...




helang tak berkepak....
paruh pun tumpul...



bismillahirahmanirahim,

aku gerakan anti pkr dengan ini mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada prk parlimen hulu selangor nanti. pencalonan ini akan ditarik balik kiranya pada saat akhir umno diletakkan semula menjadi calon..ini syarat utama aku.
( 7 APRIL 2010 11.05 pm )


*** GAP tak jadi bertanding sebab Kamal dah pakai songkok..kha! kha!