Pengikut

Jumaat, 23 April 2010

JPM , ROSMAH HARUS BERI PENJELASAN-SUA PARTI GERAKAN





Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow menggesa agar Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor memberi penjelasan kepada umum berhubung perletakan jawatan Joshua Wong, selaku penerbit rancangan
Editor's Time, ntv7.


Teng Chang Yeow berkata, ketika mengulas sebab dan kronologi perletakan jawatan dalam sidang media semalam, Joshua Wong telah mengaitkan tiga pihak, iaitu pihak atasan
ntv7, JPM dan isteri PM Rosmah Mansor. Oleh itu, ketiga-tiga pihak ini harus memberi penjelasan kepada rakyat umum.


Demikianlah gesaan dalam kenyataan Teng Chang Yeow ketika mengulas isu perletakan jawatan Penerbit Buletin dan Isu Semasa
ntv7, Joshua Wong semalam. Joshua tidak berpuas hati apabila pihak atasan ntv7 tunduk kepada aduan daripada JPM dan isteri PM Rosmah Mansor, menurutnya.


Teng Chang Yeow membantah sekeras-kerasnya campur tangan politik ke dalam media. Teng Chang Yeow, juga salah seorang panelis yang diundang ketika rancangan Editor's Time dirakamkan di Pulau Pinang, tampil ke depan untuk menyangkal tuduhan dalam "sms", bahawa rancangan ini berbau perkauman.


"Rancangan ini menyediakan satu platform supaya pihak pemerintah dan pembangkang boleh menyuarakan pandangan masing-masing. Saya menganggap rancangan ini sebagai satu rancangan yang kritis," katanya.




*Kenyataan media oleh Teng Chang Yeow selaku Setiausaha Agung Gerakan.


MReview

Tiada ulasan:

Catat Ulasan