Pengikut

Jumaat, 23 April 2010

PRK HULU SELANGOR: PELIK...AHLI PAS MASUK UMNO ?






Kurang 48 jam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, Pakatan Rakyat terus menerima tamparan apabila 20 ahli penaja PAS Cawangan Bandar Kuala Kubu Baru hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno.


Kumpulan berkenaan diketuai Ketua Penaja PAS Cawangan itu, Mohamad Arif Kamaruddin.



"Saya adalah bekas ahli Umno sebelum ini, kemudian masuk PAS.



"Tapi sebenarnya baru sekarang saya sedar Umno adalah parti yang baik untuk perjuangan agama, bangsa dan negara... saya dengan ini kuar parti kerana sudah tak percaya dengan kepimpinan parti itu," katanya hari ini.



Pada sidang media itu juga, Mohamad Arif menyerahkan borang permohonan keahlian Umno kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.



Menurut Mohamad Arif, beliau yang menyertai PAS pada Jun 2008 pada mulanya ditawar untuk menjadi Ketua Cawangan Bandar Kuala Kubu Baru yang akan ditubuhkan.



Bagaimanapun beliau dan 24 lagi ahli yang lain diserapkan ke Cawangan Kampung Kelapa.



Dalam pada itu Ahmad berkata, beliau begitu terkejut dengan keinginan Mohamad Arif dan rakan-rakannya untuk kembali menyertai Umno.



"Biasanya kita dengar ahli PKR ramai keluar parti dan masuk Umno, tapi ini situasi yang pelik sedikit kerana ahli PAS keluar parti masuk Umno.



"Baguslah mereka akhirnya sedar dan mahu meneruskan perjuangan bersama Umno," katanya.


( kha ! kha !...bagus..bagus..masuk umno..pelingkup kome..jadi geng APCO )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan