Pengikut

Rabu, 28 April 2010

SPRM NAK BERLAKON IKUT SKRIP BN






SPRM akan merayu keputusan Mahkamah Seksyen Ipoh yang telah membebaskan 2 bekas EXCO Kerajaan Pakatan Perak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, bahagian perundangan dan pendakwaan akan menfail notis itu tidak lama lagi.



"Prosesnya belum selesai lagi sehingga mahkamah membuat keputusan di peringkat tertinggi barulah perkara itu diputuskan," katanya.




Dua bekas anggota Exco terbabit ialah ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.


Kedua-dua mereka telah meninggalkan PKR dan menjadi wakil "bebas" yang menyokong UMNO.


Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.



Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.



Hakim Azhaniz Teh Azman Teh dalam keputusannya berkata, keputusan dibuat kerana pihak pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie.



Sementara itu, Abu Kassim berkata, SPRM telah menerima beberapa laporan mengenai dakwaan rasuah di PRK Parlimen Hulu Selangor dan akan menyiasat.



Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang butiran laporan yang diterima itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan