Pengikut
Selasa, 20 April 2010
PRK HULU SELANGOR: MR KAMAL MOHON BN JANGAN SEBAR FITNAH
Calon BN Parlimen Hulu Selangor Kamalanathan berkata berkempen secara bersih dan telus, sekaligus mengelak daripada menyebar fitnah.
Sepanjang pengalaman beliau dalam proses perebutan kerusi dalam mana-mana pilihan raya, fitnah merupakan sentimen yang sering dimainkan untuk memancing undi di samping menjatuhkan keperibadian seseorang calon.
"Berdasarkan pengalaman dari siri kempen yang lepas, mewujudkan fitnah merupakan satu kesalahan besar yang harus dielakkan.
"Saya telah berpesan kepada jentera BN kita hanya akan berkempen cara bersih, berpandukan apakah pencapaian saya sebelum ini, apa yang BN mampu lakukan dan apa yang Kamalanathan mampu lakukan jika diberikan peluang oleh para pengundi," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan