Pengikut

Rabu, 21 April 2010

PRK HULU SELANGOR: KAMAL TIDAK MEROKOK DAN BUKAN KAKI BOTOL..TPM SERANG ZAID






Meskipun berjanji tidak akan berkempen dengan menyerang peribadi calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, namun Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin gagal mengotakan janji-janjinya itu.
Sebaliknya, serangan peribadi itu dikiaskan dalam bentuk puji-pujian kepada calon BN, P Kamalanathan.

“Dia tidak merokok, tak minum,” katanya kepada 500 orang pada ceramahnya di Ulu Yam Bharu malam tadi.




Kata-kata Muhyiddin itu mendapat tepukan daripada penyokong yang jelas merujuk kepada Zaid yang sebelum ini mengakui bahawa dia pernah minum alkohol ketika bersama Umno.


“Seseorang calon semestinya seorang yang tidak membuat perkara yang tidak bermoral, sesuatu yang bertentangan dengan agamanya,” kata Muhyiddin.
Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, bukan beliau yang menimbulkan isu alkohol itu tetapi meletakkan kesalahan di bahu media massa. Walaupun berikrar tidak akan berkempen menyerang peribadi calon, Muhyiddin sebelum ini mempersoalkan kekayaan Zaid.




Kekayaan Zaid sekali lagi ditimbulkan secara tidak langsung oleh Muhyiddin semalam apabila beliau berkata Kamalanathan seorang pemimpin yang tidak tahu hidup secara mewah.
“Tidak semua orang di Hulu Selangor hidup dalam kekayaan,” katanya dalam nada menyindir Datuk Zaid.



p/s : Datuk JJ tu bermoral sangat ke pak din...meraba tak tentu hala..

1 ulasan: