Pengikut

Rabu, 21 April 2010

DSAI n TSK n LADANG PISANG ?





Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan dan meraikan hasil tuaian pertama Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia petang ini.


Majlis ini akan diadakan di Laman 9, PKNS Bernam Jaya, Hulu Selangor petang ini.
Ia akan menghimpunkan pekerja-pekerja Ladang Dole serta rakyat tempatan yang dijangkakan seramai 2,000 orang akan hadir, kata satu kenyataan dari Pejabat Penasihat Eknomi Selangor.



Dole Inc merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan teknologi pertanian dunia.
Dole Sebiro merupakan satu-satunya wakil pengeluar yang dilantik Dole Inc di Malaysia melalui hasil kerjasama dengan syarikat tempatan.


Sehingga kini, syarikat memiliki ladang seluas 500 hektar di Hulu Selangor yang telah mengambil seramai 200 orang pekerja yang kebanyakkannya terdiri daripada kalangan rakyat tempatan.



Kerajaan Negeri sedang dalam proses rundingan dengan syarikat untuk meluaskan perusahaan ladang tersebut kepada 1,000 hektar yang seterusnya akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas.


Menjelang Jun 2010, dijangkakan Ladang Dole di Hulu Selangor mampu mengeluarkan hasil sebanyak 20,000 kotak pisang dalam tempoh seminggu.



1 ulasan:

  1. Memang cantik kebun pisang mereka.....sellau tgk bila nak g ke kebun limau say di Srigala

    http://jackfruit-azmi.blogspot.com

    BalasPadam