Pengikut

Jumaat, 23 April 2010

PRK HULU SELANGOR: LUAHAN PENEROKA





Dalam usaha meningkatkan taraf hidup peneroka Felda, agensi kerajaan itu semalam, memberikan pinjaman tanpa faedah RM6.1 juta kepada 198 peneroka daripada empat Felda di Gugusan Sungai Dusun, di sini, bagi membina rumah baru menggantikan rumah mereka yang sudah lama.



Seorang penerima pinjaman, Salimin Sandam, 68, berkata pinjaman tanpa faedah RM40,000 diterimanya itu sangat bermakna dan penting untuk membina rumahnya yang sudah uzur dan diduduki sejak 30 tahun lalu.


“Saya bersyukur sangat... bolehlah saya membina rumah baru menggantikan rumah saya yang sudah terlalu uzur,” katanya. Beliau mengakui sejak menjadi peneroka 40 tahun lalu, Felda tidak pernah mengabaikan kebajikan peneroka baik dari segi menyediakan infrastruktur atau pendidikan.


“Contohnya, pelajar sekolah menengah di sini bakal diberikan tuisyen secara percuma, manakala belia yang tercicir diberikan latihan kemahiran secara percuma.



“Saya melihat banyak perubahan dilakukan Felda sejak kawasan ini dibuka kira-kira 40 tahun lalu. Dengan wang sara hidup RM1,500 sebulan yang diberikan Felda kepada masyarakat peneroka, kami dapat hidup dengan selesa,” katanya.



Seorang lagi penerima, Hamidah Juki, 59, yang mendapat bantuan sama berterima kasih kepada BN yang prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat peneroka.


“Rumah yang saya duduki sekarang bersama empat anak termasuk seorang yang sakit sudah terlalu uzur termasuk dimakan anai-anai, manakala bumbungnya bocor,” katanya. Beliau berkata, dengan adanya pinjaman mudah tanpa faedah itu beliau dapat membina rumah baru lebih selesa.


Pada majlis sama, sembilan waris peneroka menerima wang insurans kematian peneroka RM10,000.






p/s: sepatutnya dah lama selesa...bukan baru ni....? lepas ni tak ada sapa nak peduli..BN..?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan