Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lalu di Seksyen 11 di sini.
Beliau berkata, campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan polis. (um)
tayar sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!
sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!
kasih sayang ajal maut kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa')
jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?
jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan! (bagindareformasi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan