Pengikut

Rabu, 28 April 2010

SEDIH DAN SIMPATI






Kabinet melahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak dalam satu kejadian melibatkan anggota polis di Shah Alam pada Isnin lepas dan mahu siasatan dibuat secara telus.



Anggota Polis Forensik membuat pemeriksaan terhadap jalan yang digunakan oleh seorang remaja yang ditembak mati oleh anggota polis.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau telah membangkitkan kes itu dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.



"Kita juga minta kes itu tidak dipolitikkan kerana jika ia menjadi isu politik, maka sukar kes itu hendak diselesaikan," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian cek bernilai RM3 juta kepada SJK (C) Rasa di sini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan