SPRM masih menjalankan siasatan terhadap YAB MB, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berhubung dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Sambil menolak tanggapan kononnya kes itu ditutup atau siasatan sengaja dilewatkan, Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, beberapa orang akan dipanggil bagi membantu siasatan itu dalam masa terdekat ini.
"Ada beberapa saksi akan dipanggil yang berkaitan dengan aduan ini,” kata Nasaruddin .
Pada 7 April lepas, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian mendesak SPRM mendedahkan status siasatan tersebut.
SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan terhadap Abdul Ariffahmi sejak November tahun lepas setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan