Pengikut

Rabu, 28 April 2010

MCA HANYA PAK LAWAK-PRESIDEN PERKASA






Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA sepatutnya ‘berterima kasih’ kepada pertubuhan ini kerana dijadikan sebab undi Cina tidak memihak BN di Hulu Selangor.



Menyifatkannya sebagai lawak besar tahun ini, ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu mahu pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Dr Chua Soi Lek mencermin diri kerana kegagalan menaeik pengundi Cina bukannya menyalahkan Perkasa.



Dalam nada sindiran, Ibrahim menerusi sms berkata, Perkasa tidak menyalahkan presiden MCA itu yang terbabit video moral serta kegagalan menarik pengundi-pengundi Cina serta sokongan bawahan terhadap parti itu.





Ibrahim mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mendakwa Presiden Perkasa itu mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.



Gan berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali.



"Kenyataan itu juga berunsur hasutan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.



Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi "perkauman menebal".



Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media, turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.



Gan berkata, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum k-13 akan datang.



Ibrahim berkata, MCA juga boleh menyalahkan Perkasa kerana pengundi Cina juga tidak menyokong BN pada pilihan raya umum lalu walaupun pertubuhan itu belum ujud.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan