Pengikut

Jumaat, 23 April 2010

PRK HULU SELANGOR: NAJIB n MUHYIDDIN DAH DUDUK DI HULU SELANGOR..KHA!KHA!





Najib dan Muhyiddin hari ini mempunyai jadual yang ketat di kawasan Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Pada pukul 1 petang tadi Najib bersama penduduk Kampung Sungai Buaya menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman.




Beliau kemudian meluangkan masa makan tengahari bersama imam-imam, jemaah nazir dan Jawatankuasa Masjid Daerah Hulu Selangor.



Beliau juga dijadualkan menyerahkan bantuan kepada masjid-masjid dan surau-surau di padang bola kampung berkenaan.



Pada sebelah petang iaitu pukul 4.30 petang pula, beliau akan melakukan tinjauan mesra di Kampung Hulu Yam Barat.



Sementara itu, Muhyiddin pula akan hadir pada majlis penyerahan basikal oleh Koperasi Ukhwah di Taman Pesar Kerajaan pada pukul 3 petang.



Diikuti majlis penyerahan basikal di Taman Juta, Kuala Kubu Baru pada pukul 5.30 petang.



Manakala di sebelah malam, beliau dijangka berdialog dengan Persatuan Penjaja di Bukit Sentosa disusuli lawatan pasar malam di Bukit Sentosa.



p/s: lepas PRK..deme berdua pun blah..tinggal le orang kampung UMNO..janji tinggal janji...pandang pun tidak..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan