Pengikut

Rabu, 21 April 2010

PRK HULU SELANGOR: BN AKAN MENANG 3000 UNDI KATA BERAHIM





Meskipun para pemimpin BN merasa belum yakin untuk merampas P-94 Parlimen Hulu Selangor, namun menurut tinjauan rambang, gabungan 13 parti itu akan menang antara 3,000 - 4,000 undi jika pengundian dijalankan sekarang.


Jangkaan itu dikongsi ketika kempen PRK Parlimen Hulu Selangor sudah 50 peratus selesai.


sumpit le pak din..najib tunggu masa je..


Dua tahun lalu calon PKR Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad merampas kerusi itu daripada genggaman kuat BN lebih lima dekad dengan majoriti tipis 198 undi.



dalam keadaan normal...


Allahyarham Zainal menang pada 8 Mac 2008 walaupun secara peribadi tidak turun berkempen untuk menghadapi saingan calon BN G. Palanivel.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada Mac 2008.


jaga kau pak din...


Bagaimanapun 3 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian itu dimenangi oleh BN. Selain kemelut dalaman parti PKR yang diterajuai oleh Anwar Ibrahim, isu utama kini adalah masalah peribadi Zaid yang dikaitkan dengan moral.



sapa nak ku "tembak" lepas ni.


Secara peribadi, Zaid telah mengakuinya semasa berceramah di Hulu Selangor.
Kelmarin Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menjangkakan BN boleh merampas balik kerusi Hulu Selangor dengan kelebihan 3,000 undi.



p/s: kha!kha!..berahim...berahim..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan