Pengikut

Rabu, 21 April 2010

PRK HULU SELANGOR: KAMPUNG KERADANG...TOLONGLAH PKR,PAS !






Semalam dengan bertemankan dua teman saya memasuki ke Kampung Kerandang, mukim Sungai Tinggi di Bukit Tagar.


Saya yakin jentera PKR belum pun menjejaki ke kawasan ini. Nama kawasan ini ada dalam peta pilihan raya. Tetapi kurang diminati kerana ia jauh dan tidak ada kemudahan IT serta kedai makan.


Dakwaan saya ini terbukti bila mana tidak ada satu pun poster ataupun bendera PKR, Pas atau DAP di sini. Sebaliknya bendera dan poster BN sudah pun melayang-malayang di sini. Paling mengejutkan sudah ada beberapa helai risalah yang mengecam PKR yang diletakkan di papan kenyataan dewan orang yang terletak di kampung berkenaan.





Bukan itu saja BN juga sudah memilik sebuah pos yang dijaga khas oleh petugas dari Terengganu. Mungkin petugas BN dipos itulah bertanggungjawab menyebarkan bahan kempen di situ. Walaupun pos itu sepi tetapi ia sudah memberi semangat dan moral bahawa BN sudah menawan kampung berkenaan.


Kenapa kawasan ini diabaikan? Kampung ini 'berpenguni' seramai kira-kira 400 orang. Mereka tidak tinggal di kampung berkenaan tetapi merupakan pengundi. Dipercayai 250 orang dikenal pasti sebagai pengundi. Dalam pilihan raya 2008 lalu mereka mengundi di sekolah Tamil di estet Lengender berdekatan.


Untuk masuk ke kampung ini memerlukan kerajinan. Ia boleh dimasuki dari arah Ijok, Kuala Selangor ataupun dari lebuh raya Utara - Selatan di lencungan keluar melalui Kampung Kerandang. Selain dewan orang ramai di sini juga tererdapat sebuah surau yang belum siap sempurnanya terletak di atas bukit. Surau ini boleh sangat sesuai dijadikan pos Pakatan dan dijaga oleh Pas.




Sepatutnya kampung ini tidak dibiarkan oleh PKR kerana arwah Zainal Abdin Ahmad pernah sampai ke kampung berkenaan. Rata-rata penduduknya sudah mulai mesra dengan PKR. Apa yang menyebabkan penduduk kampung berkenaan dikatakan berjauh semula dengan PKR ialah apabila permohonan mereka untuk mendapatkan geran ditolak oleh kerajaan Selangor.

Undi sebanyak 300 itu besar.

PKR boleh selamatkan undi berkenaan sekiranya masalah mereka ditangani dengan segera. Kalau PKR berkira mereka tidak penting sudah pasti undi dari peneroka kampung Kerandang itu besar kemungkinan akan masuk ke peti undi BN!


Saya percaya masih banyak kawasan atau kampung berstatus sedemikian tidak dimasuki oleh PKR. Bilik gerakan PKR perlu memantau hal ini.


Jangan hanya megah dengan peta kawasan pilihan raya yang terpampang di bilik gerakan, tetapi tidak ada siapa pun yang menjenguk dan meninjau ke situ. Sikap memerhati peta kawasan tetapi tidak menjejak kaki sangat bahawa. Iya... bahaya.




msomelayu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan