Pengikut

Selasa, 20 April 2010

DIA DAH MULA DAH ! ALAMAT NAK KALAH LE BN







Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memberikan sokongan kepada pihak yang sedia menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya seseorang itu akan dapat mengetahui sejauh mana Anwar boleh digelar "pejuang kebangsaan" apabila mereka mengenali beliau dengan lebih rapat.


"Saya percaya semakin dekat orang dengan dia, semakin orang itu akan faham peribadi Anwar ini, betulkah dia pejuang kebangsaan.



POLITIK ANAK - BERANAK



"Sebenarnya, dia pejuang untuk jadi Perdana Menteri. Kalau ada sesiapa yang boleh sokong dia untuk jadi Perdana Menteri...dia akan sokong orang tu balik," katanya.



Ditanya mengenai tuduhan terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim bagi PRK bagi Parlimen Hulu Selangor yang didakwa minum arak, beliau berkata tuduhan sedemikian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.



SAMPAI MENANGGIS ORANG UMNO BUAT KAT TUN..


TAK SEDO JUGE LAGI..



"Orang kata dalam Bahasa Inggeris "all is fair in love and war and in election". Saya dulu pun kena macam-macam...Saya ada bini (isteri) Cina seorang, ada bini di Singapuralah konon. Itu semua orang politik. Orang yang dengar itu, patutlah buat penilaian sendiri," katanya.



Ditanya sama ada kempen serangan peribadi itu boleh memberikan kemenangan kepada BN pada PRK itu, Dr Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin juga tidak. Kita tidak tahulah kerana itu terpulang kepada pengundi."



1 ulasan:

  1. Mahathirlah pejuang kerana dialah Bahasa Melayu dah nyaris jadi mangkuk ayun dalam sistem pendidikan negara ini.......WAHAI MAHATHIR..SIAPA LAKSANA PPSMI DI MALAYSIA?

    BalasPadam