Pemimpin veteran Pakatan , Lim Kit Siang mencabar Umno dan Menteri-Menteri Kabinet berAgama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.
Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
kawen lari...
takut bini...
takut bini...
Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.
Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih Menteri-Menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.
"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.
"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.
"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan