Pengikut

Selasa, 20 April 2010

BERAHIM ALI DAH BANYAK BERUBAH !









Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak akan mengubah landskap politik negara tetapi ia penting untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia mempunyai kestabilan politik untuk kemasukan pelabur asing.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengingatkan pengundi supaya mengutamakan kepentingan negara kerana kemenangan pakatan pembangkang akan memberi isyarat yang salah berhubung prestasi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



“Saya datang ke sini atas kapasiti Ahli Parlimen Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti, namun selepas mengambil kira kepentingan negara saya merasakan BN perlu diberi sokongan di Hulu Selangor.



“Menang kalah sebenarnya tidak akan menjejaskan parti politik yang bertanding, tetapi kalau pakatan pembangkang menang, ia akan memberi mesej yang salah mengenai kestabilan politik sehingga pelabur asing tidak berminat untuk menanam modal,” katanya sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi.



Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata yang lebih bahaya adalah kekalahan BN akan dijadikan modal untuk pembangkang membuat dakwaan bahawa rakyat menolak dasar afirmatif kerajaan yang melindungi hak bumiputera.



Katanya, ia juga akan berlarutan sehingga dasar afirmatif itu dikatakan sebagai punca merosotnya pelaburan asing di negara ini.



“Sedangkan yang paling utama adalah kestabilan politik. Apabila politik stabil buatlah apa jua dasar, pelabur asing tetap datang.



“Menjadi punca masalah sekarang adalah sikap pembangkang sendiri yang sentiasa mencerca negara sehingga pelabur asing dapat gambaran salah,” katanya.



Mengenai calon yang bertanding, Ibrahim berkata, P. Kamalanathan lebih layak dipilih walaupun beliau sebenarnya lebih lama mengenali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.



“Saya tengok calon juga, mana ada dalam pemimpin DAP atau pemimpin Majlis Peguam yang tergamak membawa hudud ke mahkamah, walaupun tidak bersetuju mereka menghormati Islam.



“Zaid pula walaupun Islam, dia ke mahkamah untuk melawan hudud, sayapun tidak pelik dengan Pas yang dapat terima Zaid kerana parti itu pernah menyamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai khalifah, inilah wajah sebenar Pas yang sanggup mempertaruhkan Islam demi politiknya,” katanya.



PERIBUMIPERKOSA


dia dulu ni bertanding atas tiket mana...?? bebas ke..?

memang jenis tak sedo diri..!!!



3 ulasan:

  1. Sabar aje lah yee....pru 13 nanti katak ni akan bertanding atas tiket umno dah....rasanya PAS mengharamkan nama ibrahim ali ni....umno akan ambik orang macam ni demi survival politik busuk umno.

    BalasPadam
  2. Ha ha UMNO tolak PAS pon dah tentu akan tolak so jadilah seperti Roh terawang2 dilangit tak diterima langit dan bumi ha ha ha..

    BalasPadam
  3. Inilah contohnya orang munafik...sungguh ALLAH memperlihatkan kemunafikkannya sepertimana yang diberitahu Rasul Junjungan Muhammad s.a.w mengenai ciri ciri orang munafik... apabila bercakap, ia berdusta... tunggulah azab ALLAH...

    BalasPadam