Pengikut

Jumaat, 23 April 2010

PRK HULU SELANGOR: PENGUNDI MELAYU MASIH YAKIN BN MENANG?






Kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati pengundi Melayu berpendapat Barisan Nasional akan memenangi PRK Hulu Selangor, Ahad ini.

Hampir 40 % dari keseluruhan responden yang ditinjau meramalkan kemenangan berpihak kepada BN manakala hanya 16 % yang yakin PKR mampu membuat kejutan. Namun tinjauan itu juga mendapati kebanyakkan pengundi masih belum dapat menyatakan pendirian dan menjangkakan pertembungan sengit.



BN dikatakan masih mendahului PKR di beberapa kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di kawasan atau kampung majoriti Melayu , termasuk di Felda. Namun begitu, pola sokongan dan trend pengundian seakan berpihak kepada Pakatan Rakyat-PKR terutama di lokaliti bandar dan di kalangan pengundi muda.


Prestasi cemerlang Pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat dilihat juga memberi kesan kepada keputusan pengundi pada Ahad ini.




Bancian itu juga mendapati lebih 34 % pengundi Melayu menganggap dasar kebajikan baru yang diperkenalkan dan diberikan oleh Kerajaan Selangor amat penting bagi mereka serta sangat wajar diteruskan.

Antrara program itu termasuk projek Usia Emas, Tawas, pemberian air percuma.


Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bagaimanapun dikatakan masih mempunyai peluang untuk menang tetapi berdepan dengan laluan yang sukar kerana diserang secara peribadi.


Namun begitu, lebih 50 % daripada responden tidak bersetuju dengan kempen yang berbentuk serangan peribadi dan bersifat provokatif pada PRK kali ini.

Mereka menganggap kempen BN kali ini dianggap terdesak.


mkini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan