Pengikut
Khamis, 22 April 2010
PRK HULU SELANGOR: 7000 + 5000+ 2000
PAS telah menambah kekuatan jentera mereka kepada 7,000 orang untuk meningkatkan kempen membantu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang tinggal tiga hari lagi.
Jumlah itu bertambah 5,000 orang berbanding dengan 2,000 petugas pada awal kempen dalam PRK Parlimen Hulu Selangor.
Pengarah Operasi pilihan raya kecil PAS, Jamaludin Alias berkata, petugas itu kini ditempatkan di kesemua 47 unit peti undi di seluruh Hulu Selangor.
Menurut Jamaludin berkata, pihaknya menggiatkan pendekatan 'hati ke hati' dalam kempen yang cuma berbaki tiga hari.
Katanya, kaedah kunjungan rumah ke rumah itu lebih berkesan kali ini, berbanding dalam sewaktu pilihan raya umum.
Dalam kunjungan tersebut, tegasnya, jentera parti ditugaskan untuk menjelaskan kepentingan menghantar Zaid ke Dewan Rakyat.
"Kita tidak nafikan tiga DUN di Hulu Selangor dikuasai BN, tapi suara rakyat perlu ada di parlimen," katanya.
Jamaludin berkata, sokongan masyarakat majoriti Melayu di situ dijangka meningkat sehingga 40 peratus berbanding 27 hingga 28 peratus di Hulu Bernam, melalui kaedah tersebut.
Keseluruhan jumlah petugas PR dianggarkan 14-16 ribu orang menjelang esok..PR akan gempur habis-habisan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan