Pengikut

Khamis, 22 April 2010

PRK HULU SLANGOR: MUHYIDDIN TERPAKSA SEJUKAN MIC






Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan pembangkang yang menyatakan MIC telah tunduk kepada Umno dalam pemilihan calon untuk bertanding pada PRK Parlimen Hulu Selangor.



TPM berkata, MIC sebagai parti politik terbesar yang mewakili India di negara ini, adalah rakan Umno dalam BN dan soal sesebuah parti komponen tunduk kepada komponen lain tidak timbul langsung.




"Konsep berkongsi kuasa yang diamalkan BN telah bermula sekian lama di mana kita duduk bersama dan bincang. Semua parti komponen BN membantu mentadbir negara supaya semua kaum dapat menikmati kemajuan negara.


"Walaupun kawasan Hulu Selangor mempunyai majoriti pengundi Melayu, Umno tidak mengambil kerusi itu kerana kita sepakat dan tahu kerusi itu milik MIC.



"Pada awalnya, ada suara-suara daripada Umno yang ingin melihat parti itu bertanding kerusi ini tetapi saya dan PM setuju agar kerusi ini diberikan kepada MIC mengikut tradisi kita," katanya lagi.



Turut hadir, Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu, dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.
Muhyiddin berkata, keputusan mencalonkan wakil MIC diambil kerana pucuk pimpinan negara ingin melihat seorang lagi berbangsa India dalam Parlimen.



"Kita pilih calon yang terbaik dan sebab itulah kita pilih Kamalanathan. Dalam beberapa hari ini, dia telah membuktikan yang dia layak menjadi wakil BN.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan