PRK Parlimen Hulu Selangor adalah cukup penting kepada Kerajaan BN kerana ia dilihat sebagai medium pungutan suara rakyat terhadap hala tuju negara.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata, matlamat bagi membawa negara menjadi sebagai sebuah negara terulung hanya boleh direalisasikan melalui sokongan yang diberikan oleh rakyat.
Najib yang juga merupakan Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata, bahang pilihan raya kecil ini bukan sahaja dirasai di Putrajaya malah ia turut menerima tempias di Washington dan Tokyo.
"Bahang Hulu Selangor ini kuat, sebab itulah saya tak sabar-sabar nak turun ke sini.
Bagaimanapun Najib berkata pada kebiasaannya beliau tidak turun padang pada mana-mana pilihan raya kecil.
"Ikut amalan tradisi saya tak turun padang waktu pilihan raya kecil, tapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ini ada sedikit kelainannya, kerana ia berlaku di negeri Selangor di mana saya menjadi Pengerusi BN dan Pengerusi Perhubungan umno Selangor," katanya ketika berceramah di Pusat Operasi BN di Bukit Sentosa malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan