Pengikut

Khamis, 22 April 2010

PRK HULU SELANGOR: GAMBOR FARIS DALAM LOKAP





Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P94.


9:00 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa dan empat lagi ditahan sejak 7.30 malam tadi dan dijangkan dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu. Menurut jurucakap parti, kelima-lima mereka ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa kerana dituduh menurunkan poster BN dan boleh direman untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan.




sam menjenguk faris di lokap polis...


11.00 pagi:
PKR akan membangkitkan isu berhubung masyarakat Orang Asli dalam sidang media hariannya di Kuala Kubu Bharu.



11.30 pagi:
Isteri perdana menteri Rosmah Mansur akan menghadiri 'Program Sentuhan Kasih 1Malaysia' di pusat khidmat komuniti, Felda Kampung Soeharto.



5.00 petang:
Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim akanmelawat ladang 15 dan SJKC Bernam, Beliau memulakan kempennya hari ini seawal jam 8 pagi di pasar pagi Kuala Kubu Bharu sebelum bergerak ke Batang Kali (10 pagi).
Calon BN P Kamalanathan, bersama timbalan presiden MIC G Palanivel akan melawat estet Sri Keledang. Malan ini (8.00 malam), ketua penerangan MIC dan presiden S Samy Vellu akan berada di Taman Bukit Teratai.


5.30 petang:
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri program 'Ikatan Mesra dengan Masyarakat India" di SJK(T) Taman Bukit Teratai, Batang Kali.



10.00 malam:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid akan berceramah di Felda Gedangsa dalam kawasan DUN Hulu Bernam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan