Pengikut

Ahad, 24 Januari 2010

AL- FATIHAH BUAT TUN GHAZALI SHAFIE







Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira 7.45 malam tadi.
Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya Farah.



Beliau merupakan ahli politik Malaysia era Tengku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir iaitu dari 1970-1984.




Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar terhempas di Kampung Janda Baik .Ketika mereka dari Kelab Pnerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis , kawasan pilihan raya yang diwakilinya.



Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh .Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh. Dua mayat ditemui dalam helikopter yang terhempas jam 3.00 petang dan diterbangkan ke Hospitak Kuala Lumpur . Isteri Tun Ghazali iaitu Puan Sri Khatijah Abdul Majid dan anaknya Sharifuddin serta Bakhtiar di Kuala Lumpur waktu itu.


Pada 22 Jun 1983, coroner Abdullah Sidek di Mahkamah Majistret Bentong,memutuskan kematian dua orang penumpang itu kerana kemalangan udara. Perbicaraan berlangsung dari 14-18 Mei 1983. Pilot membuat keputusan merempuh awan di Waterworks Gap. Vergis patah di leher dan pendarahan dalaman. Sementara Charon cedera teruk di tengkorak dan leher.



Beliau pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Tun Abdul Razak . Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan DEB serta merangka Rancangan malaysia Ke -2 1970-1975.




edit : wikipedia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan