Jumlah pengguna laman web Facebook di Malaysia meningkat gila-gila.Mengikut statistik rasmi Facebook pada 31 Disember 2009 baru ini jumlahnya ialah 3.9 juta yakni meningkat sebanyak 367 peratus dalam tempoh 12 bulan.


Malaysia statistik itu tercatat menduduki tangga ke 19 di dunia.Di rantau Asia Tenggara jumlah tertinggi ialah Indonesia 14.6 juta yang menduduki tangga ke 4 dunia.


Paling ramai pengguna Facebook di dunia ialah di Amerika 101 juta diikuti oleh United Kingdom 22 juta dan Turki 16 juta.


Sementara itu jumlah fan page Facebook paling top ialah laman penyiar Hot FM Farah Fauzana 130,515 diikuti oleh pelakon Scha Al Yahaya 86,903 dan penyanyi Yuna 72,502


Sementara itu kalangan ahli politik sendiri semakin ramai yang membuka laman Facebook sendiri.


Memandangkan ia semaij menjadi laman yang popular,pihak Polis Diraja Malaysia sendiri akan membuka laman Facebooknya sendiri.


Kajian menunjukkan ia laman yang paling cepat dan berkesan untuk berkomunikasi secara langsung dengan orangramai.


Facebook juga kini semakin banyak digunakan untuk perniagaan online.